Search This Blog

Monday 7 March 2011

Mari Belajar Setting Kamera - Shutter Speed priority

Kemera DSLR membolehkan kita mengawal kelajuan penutup Shutter pada kamera, Laju atau cepat ianya menutupi sensor pada kamera akan menyebabkan gambar yang kita ambil blur atau sharp. Untuk gambar yang perlahan shutter speed pada kamera disarankan agar menggunakan tripod agar kita senang mencari angle yang menarik, seperti gambar yang diambil dibawah, saya bersandar pada pokok atau meletakkan kamera pada atas batu untuk menyokong kamera tersebut supaya tidak bergoyang.
gambar ini diambil di Ulu Paip , dekat-dekat dengan Ulu Sedim.. kawasan hutan lipur di sini tenang kerana tak ramai sangat pengunjung, kira privasi la jugak. kerana agak jauh jugak nak masuk..
gambar ni di ambil dengan shutter speed yang perlahan, so body kamera tak boleh gegar, kalau tidak habih blur la gambar tu.. Shutter speed yang perlahan juga akan menyebabkan cahaya masuk terlalu banyak ke dalam kamera. Disarankan agar aperture disetting pada nilai yang kecil @ F11 keatas mengikut keadaaan cuaca.


Yang ni diambil dekat Air Terjun Lembah Bujang. Apperture yang agak besar akan menyebabkan keadaan cahaya yang lebih, banyak cahaya putih..

No comments:

Post a Comment