Search This Blog

Friday 25 March 2011

Menjamu mata..

Tiba-tiba teringin pulak nak upload gambar-gambar pokok bunga dan bonsai yang diambil semasa pameran flora di Pulau Pinang tak lama dulu. Enjoy the picture..
  Embun diatas Bunga Kemunting Cina...

 Bunga Orkid yang sedang berkembang mekar...

Bonsai yang sangat menarik.. dan juga mahal harganya..


Tapi yang ini tunggul kayu aja..... yang ini bukan dari pameran flora.. :)

Monday 14 March 2011

Selamat Pengantin Baru Nazri & Intan.




Yang mana anda suka.. beritahu kami...
kami gembira dapat menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda..











:-)


Semoga berbahagia ke akhir hayat hendakNya... 
Terima kasih kepada pengantin yang begitu sporting dan memberi shot-shot yang terbaik serta bekerjasama  dalam menjayakan fotoshot ini.. Semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Kami gembira dapat mengabadikan gambar-gambar yang cantik dan menarik bersama anda... Sekiranya anda berminat dengan gaya dan editing kami, beritahu kami agar kami dapat memenuhi citarasa anda..

Thursday 10 March 2011

PAKEJ FOTOGRAFI

PAKEJ  STICKY ALBUM 4R:


Pakej 1:  - RM450  cepat booking tarikh anda 
( Akad Nikah / Bertunang/Resepsi )
- 1 x album 4R (album sticky ) + 100pcs x 4R.
- 1 x gambar saiz 8R.
- semua gambar dlm bentuk softcopy dlm dvd.
- PERCUMA: sesi foto luar (outdoor) pada hari yang sama.

Pakej 2: RM750  2 event ( Akad Nikah+Resepsi )
- 1 x album 4R (album sticky ) + 200pcs x 4R.
- 4 x gambar saiz 8R.
- semua gambar dlm bentuk softcopy dlm dvd.
- PERCUMA: sesi foto luar (outdoor) pada hari yang sama.

- 1 frame gambar untuk 8R

PAKEJ ALBUM CUSTOM STORYBOOK:
Pakej Custom 1: RM850  Akad Nikah / Bertunang/Resepsi ) 
- 1 x album custom storybook saiz 8x12in 22 m.surat.

(saiz besar kertas A4  macam tu lebih kurang..)
- semua gambar dlm bentuk softcopy dlm dvd.
- PERCUMA: sesi foto luar (outdoor) pada hari resepsi.
- PERCUMA: 1 x gambar saiz 8R serta frame.
- 1 orang fotografer
* tambahan RM150 utk 1 x album 4R (album sticky majlis resepsi) + 100 x 4R.

kalau ada hari akad nikah & majlis kahwin berbeza kita boleh runding harga...

Abadikanlah detik2 indah dlm hidup anda

dan pasangan anda..dengan harga yg berpatutan..

jangan risau semua boleh dibincangkan...


call atau sms saya di talian 013 4287017 Zakaria & 0134807017 Shuhana atau email ke
zms7904@yahoo.com utk booking tarikh...
Terima kasih diatas respons anda.

Monday 7 March 2011

Mari belajar setting kamera - WB @ White Balance

Dekat mana-mana kamera digital ada function ini, kalau kamera yang biasa-biasa punya ada Auto, Daylight, Cloudy, Fluorescent, Incandecent dan lain-lain bergantung kepada kamera. Pada kemera DSLR yang macam aku pakai ni WB boleh ejas sampai 9 setting, tapi yang reti nak pakainya yang guna Kelvin (K) ni. Yang lain-lain punya setting tu kena la try n error sendiri. Ini ada beberapa gambar yang diambil menggunakan setting Kelvin yang berbeza..

WB Auto

 
WB 10 000K

 
WB 2500K
Gambar pemandangan senja sebegini juga elok kalau kita dapat ejas WB 10 000K. 
Kalau anda ada pendapat yang berbeza boleh juga kita share bersama

Potret anak-anakku


Gambar anak sulungku..


Gambar ni menggunakan lens AF nikkor 1.8D 50 mm. Masa ni baru beli lens ni, ramai fotografer suggest prime lens ini untuk potret, tapi kelemahan lens ni kita kena la bergerak banyak sebab 50mm. kalau dalam bilik tu susah jugak nak ejas, walaubagaimanapun, gambar potret lebih cantik kalau guna prime lens ini.. Harga lens ini lebih kurang RM400.00 jugak, bila dah ada lens ni ambik le gambar.. Lepas ni harap-harap dapat la beli lens 17-50 tamron 2.8 pulak.. kena cari duit lagi le... 

Othman dan Siti Asiah..

 
Dua hati kini bersatu..


                                                                  



Man dan Siti



 Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Gambar-gambar yang diambil semasa kali pertama kamera DSLR ini dibeli.. amacam ok tak? komen sikit..

Mari Belajar Setting Kamera - Shutter Speed priority

Kemera DSLR membolehkan kita mengawal kelajuan penutup Shutter pada kamera, Laju atau cepat ianya menutupi sensor pada kamera akan menyebabkan gambar yang kita ambil blur atau sharp. Untuk gambar yang perlahan shutter speed pada kamera disarankan agar menggunakan tripod agar kita senang mencari angle yang menarik, seperti gambar yang diambil dibawah, saya bersandar pada pokok atau meletakkan kamera pada atas batu untuk menyokong kamera tersebut supaya tidak bergoyang.
gambar ini diambil di Ulu Paip , dekat-dekat dengan Ulu Sedim.. kawasan hutan lipur di sini tenang kerana tak ramai sangat pengunjung, kira privasi la jugak. kerana agak jauh jugak nak masuk..
gambar ni di ambil dengan shutter speed yang perlahan, so body kamera tak boleh gegar, kalau tidak habih blur la gambar tu.. Shutter speed yang perlahan juga akan menyebabkan cahaya masuk terlalu banyak ke dalam kamera. Disarankan agar aperture disetting pada nilai yang kecil @ F11 keatas mengikut keadaaan cuaca.


Yang ni diambil dekat Air Terjun Lembah Bujang. Apperture yang agak besar akan menyebabkan keadaan cahaya yang lebih, banyak cahaya putih..